Tuesday, 8 January 2013

Posted by mediashooter |


Entri hari ni aku nak share cara-cara macamana nak buat makanan yang kita jual laku sampai habis.

1. Buat makanan yang sedap tapi tak mengenyangkan. 
- Bila orang makan rasa nak tambah lagi dan lagi dan lagi huhuhu.....

2. Buat amal jariah.
- Contoh kalau jual kuih 3 ketul RM1 bagi le free seketul.

3. Tulis kat papan iklan tu ayat saikologi.
- Tulis kat situ "Karipap Janda Berhias" ataupun "Karipap Dara".

4. Masak dalam kuantiti yang sikit.
- Bila masak sikit cepat le habis. Orang yang tak sempat beli sure akan datang awal keesokan   
  harinya. Selepas tu tambah le kuantiti makanan sehari demi hari. (Pastikan masakan anda 
  sedap kalau tak orang tak datang dah esoknya hahaha......)

5. Masuk mudah.my
- Iklankan makanan yang anda jual, bagitau lokasi tempat anda berniaga dan letak no tel. 
  (Pastikan anda iklankan ke dalam kategori dan negeri yang betul supaya tidak memeningkan 
  kepala si pembaca).

6. Masak sambil makan.
- Sekali masak sekali makan, dua kali masak dua kali makan dan begitulah seterusnya. 
  Praktikkan tiap-tiap hari sehingga anda rasa puas hati kakaka.....

Diharap tips-tips yang saya berikan diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam perniagaan makanan. Sekian sahaja untuk kali ini, kita berjumpa esok untuk tip-tip yang menarik perhatian hehe....  (itupun kalau ada tips)

0 comments:

Post a Comment