Wednesday, 10 April 2013

Posted by mediashooter |
Synopsis
Sam (Jep Sepathu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja bersama ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri mendatangkan masalah dalam hidup mereka. Setiap kali mencuri, adik beradik ini akan menyamar bermacam-macam gaya dan lucunya mereka pasti mengemas tempat tersebut selepas mencuri. Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama San sering memarahi mereka.

Kepulangan Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun. Kehadiran Que juga membuatkan Embun terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Que ditangkap oleh kumpulan Embun dan dibawa bertemu ketua kumpulan mereka - Lutfan. Berlakulah pergelutan antara Que bersama kumpulan Embun dan Lutfan.


Jep Sepahtu




Shuib Sepahtu




Nurul Ain Nordin

Bakat baru pengarah muda lulusan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Nurul Ain Nordin yang dikatan ada hubungan dengan Syamsul Yosof kini mengarahkan filem Oh Mak Kau yang dibintangi oleh Jepp dan Shuib Sepah. Namun Nurul Ain menafikan mengenai hubungan tersebut.


Genre: Aksi / Komedi

Tarikh Tayangan: 16 Mei 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: Star Scope Production Sdn Bhd
Pengarah: Nurul Ain Nordin
Pelakon: Nurul Ain Nordin, Jepp Sepah, Shuib Sepah, Syamsul Yusof


Sunday, 7 April 2013

Posted by mediashooter |

Video ini diupload dan disebarkan di youtube oleh blogger pro barisan nasional yang didakwa pendedahan video terbaru Anwar Ibrahim meliwat mahasiswa dalam bilik hotel

Melihat dari video diatas video tersebut adalah dari episod 3 yang memaparkan Anwar Ibrahim bersembang dengan salah seorang lelaki yang tidak dikenali. Facebook dan twitter adalah tajuk perbualan yang dapat didengar didalam video tersebut. Anwar Ibrahim menceritakan bagaimana akaun twitter nya di hack dan disalahgunakan oleh perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab sehingga terpaksa menggunakan host dari luar negara.

Di akhir perbualan tersebut kita dapat melihat sesuatu yang tidak diketahui berlaku dan blogger yang menyebarkan video tersebut menyatakan Anwar Ibrahim menerkam untuk meliwat lelaki yang didakwa mahasiswa itu.

Namun begitu video tersebut memberi impak yang besar kepada rakyat malaysia khususnya yang rata-rata terkejut dengan video pendendahan Anwar Ibrahim meliwat mahasiswa di dalam bilik hotel

Sumber kenyataan dari blogger tersebut yang menyatakan ia akan mendedahkan lagi video Anwar Ibrahim meliwat mahasiswa di dalam bilik hotel yang dikatakan video aksi Anwar Ibrahim selepas menerkam remaja lelaki tersebut.

Walaupun banyak persoalan yang timbul namun rakyat Malaysia masih berpusu-pusu ingin menyaksikan video lucah tersebut.